MITOS ATAU FAKTA!


KINI DENGAN KECANGGIHAN TEKNOLOGI DAN PENGGUNAAN INTERNET SECARA MELUAS, MAKLUMAT BERADA DI HUJUNG JARI SAHAJA.NAMUN SEBAGAI PENGGUNA, KAMU HARUS BERHATI-HATI KERANA TIDAK SEMUA MAKLUMAT DI INTERNET BENAR.USAH TERLALU PERCAYA TENTANG PENDAPAT YANG DISEBARKAN DI ALAM MAYA SEBALIKNYA RUJUK KEPADA BEBERAPA SUMBER YANG SAHIH SEPERTI PAKAR PEMAKANAN. BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA ISU YANG SERING MENJADI KEKELIRUAN DI KALANGAN ORANG RAMAI. MANA SATU FAKTA DAN MANA SATU MITOS. JOM KITA SEMAK...

MITOS: Minum air lapan gelas sehari boleh mencegah dehidrasi.
FAKTA: SALAH. Menurut Profesor Fisiologi dan Kinesiologi dari Pennsylvania State University, W., Larry Kenny, masih belum terdapat kajian ilmiah yang menentukan berapa banyak air yang diperlukan oleh tubuh manusia. Beliau menafikan tubuh manusia memerlukan banyak air tetapi keperluan tersebut bergantung kepada faktor seperti berat badan, pola pemakanan, aktiviti dan perpeluhan. Apabila kamu mengalami gejala seperti sakit kepala yang berulang, badan akan terasa lemah dan mual. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh tubuh kekurangan cairan. Biasanya, sepanjang melakukan aktiviti, kadar cairan di dalam tubuh akan berkurangan. Lantaran, kamu disyorkan minum secukupnya setiap kali selesai melakukan aktiviti. 
MITOS: Risiko osteoporosis semakin tinggi pada orang yang bertubuh kurus.
FAKTA: BENAR. Golongan yang mempunyai berat badan di bawah paras  normal, ataupun mereka yang memiliki BMI kurang daripada 19, mempunyai tulang kurang padat. Keadaan ini meningkatkan risiko mudah mengalami patah tulang. Felicia Cosman, Pengarah Klinik National Osteoporosis Foundation berkata, kadar lemak yang minimum di dalam tubuh menyebabkan kadar hormon estrogen juga menjadi rendah. Akibatnya, proses obsteoblas (pembentukan tulang) yang berfungsi membentuk tulang baru menjadi lambat. Sebaliknya, fungsi osteoklas (kerosakan tulang) pula semakin meningkat. 
MITOS: Mengambil makanan manis dan berlemak akan menjadikan PMS kamu seperti kembung perut dan emosi turun naik secara mendadak.
FAKTA: SALAH. Meskipun garam dapat menimbulkan rasa kembung akibat  cairan yang tertahan di dalam tubuh, namun makanan bukanlah faktor utama penyebab PMS. Nanette Santoro, Profesor Dan Pengarah Divisyen Reproduksi Dan Endokrinologi di Albert Einstein College of Medicine, New York berkata, ia disebabkan  oleh fluktuasi hormon. Masalah ini mengakibatkan perut berasa kembung dan sering kali keadaan tersebut menyebabkan wanita berasa diri mereka menjadi lebih gemuk menjelang haid. Untuk mencegah keinginan makan yang akan hanya menambahkan jumlah berat badan, kamu dinasihatkan untuk mengambil makanan yang berunsurkan protein dan karbohidrat kompleks.
MITOS: Penggunaan putik kapas merosakkan gegendang telinga.
FAKTA: BENAR. Pakar THT dari Universiti  of Kansas Medical Center, Julie Wei berkata, perbuatan membersihkan telinga menggunakan putik kapas akan mendorong kotoran semakin masuk ke dalam. Selain itu, ramai orang menyangka cairan seperti minyak berwarna kekuningan di dalam telinga sebagai kotoran dan ia perlu dibersihkan.  Sebenarnya, cairan tersebut merupakan  serum dan ia berfungsi untuk memerangkap kotoran dan debu daripada masuk  lebih jauh ke dalam telinga. Kotoran ini, apabila ia  mengeras akan menyebabkan seseorang mengalami masalah pendengaran.  Penggunaan ubat titis telinga dapat membantu untuk melembutkan semula kotoran dan seterusnya memudahkan proses membersihkan telinga. Pastikan kamu menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinga di bahagian luar. Jangan mengorek terlalu dalam ketika membersihkan telinga. membantu untukmelembutkansemula kotorandan seterusnya memudahkan proses membersihkan telinga.  Pastikankamu menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinga di bahagian luar. Jangan mengorek terlalu dalam ketika membersihkan telinga. 

SUMBER=REMAJA!

suka?..LIKE je.. ^^